-->
Sentuh (41:33)
Facebook instagram twitter A.I.R Pustaka Rabiah

Saturday, 27 December 2014

Orang Tua Mandul

Orang tua di sini.
Seolah-olah mandul.
Hadir ke masjid bersama isteri.
Bersendiri tanpa anaknya.

Mungkin mereka tak ada anak.
Mungkin ada.
Tapi ke manakah mereka?

Ada yang sibuk mencari dunia.
Yang berlumba-lumba menjadi ahli intelektual.
Kononnya agama lapuk, segalanya tak kena dengan zaman.

Sibuk menekan-nekan papan kekunci.
Memicit-micit butang telefon.
Tak pun kekunci pada skrinnya.
Semua benda nak dibahaskan.
Status panjang berjela.
Komentarnya sungguh hebat bak Hamka.

Namakan apa saja.
Tentu dia tahu.
Semua pandangan ingin ditempelaknya.
Siang lepak sana-sini.
Malam bina kubu untuk bermeja bulat.
Sedangkan Subuh tak terjaga.

Lancang mewakili suara siswa siswi.
Jadi admin page kerana tak puas hati.
Bila masuk waktu, ke mana menghilangkan diri?
Masjid dekat tapi malas mengangkat kaki.

Orang tua di sini.
Seolah-olah mandul.
Pergi solat bersama isteri.
Dianak tiri oleh darah sendiri.

Kasihan mereka.
Mesti pernah mengimpikan anak-anak membawa mereka ke masjid.
Usap tangan berkedut mereka.
Penuh kasih sayang memimpin mereka hingga ke saf pertama.

Tapi mereka masih bersendiri.
Mana anak mereka?
Oh ya. Terlalu sibuk menjadi ahli politik.
Ahli intelektual.
Pahlawan papan kekunci.
Otaknya adalah dunianya.
Kata-kata orang 'alim ditolak ke tepi.
Agama lapuk, tak kena pada zaman.

Orang tua di sini.
Seolah-olah mandul.

Mandul.
Tapi ada anak.

Teringin bersama ahli keluarga menghadap Tuhan.
Tapi mereka sibuk bertuhankan otak mereka.

Orang tua di sini.
Seolah-olah mandul.
Selalu menyendiri.
Ke masjid bersama isteri.
Sungguh sepi.

Posted by Unknown at 21:07
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

No comments:

Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Facebook

Muhammad Faris Nazrin

Create Your Badge

Pustaka Rabiah Kami

Ingin mewakaf? Ingin infaq? Ingin berbisnes? Mari sertai kami! Kami sedia membantu anda! Pustaka Rabiah Kami

Create your badge

Followers

Blog Archive

  • ▼  2014 (23)
    • ▼  December (6)
      • Orang Tua Mandul
      • Mutarabbi Tertidurlah Pulak!
      • Jemaah Kita Hebat! *senyum senget*
      • Diari Mummy (Bhg 1)
      • Jahiliyyah Itu Bukan Islam
      • Pemuda Leka
    • ►  September (4)
    • ►  August (13)
Copyright Reserved by Akh In Red. Picture Window theme. Theme images by zbindere. Powered by Blogger.