-->
Sentuh (41:33)
Facebook instagram twitter A.I.R Pustaka Rabiah

Saturday, 27 December 2014

Orang Tua Mandul

Orang tua di sini.
Seolah-olah mandul.
Hadir ke masjid bersama isteri.
Bersendiri tanpa anaknya.

Mungkin mereka tak ada anak.
Mungkin ada.
Tapi ke manakah mereka?

Ada yang sibuk mencari dunia.
Yang berlumba-lumba menjadi ahli intelektual.
Kononnya agama lapuk, segalanya tak kena dengan zaman.

Sibuk menekan-nekan papan kekunci.
Memicit-micit butang telefon.
Tak pun kekunci pada skrinnya.
Semua benda nak dibahaskan.
Status panjang berjela.
Komentarnya sungguh hebat bak Hamka.

Namakan apa saja.
Tentu dia tahu.
Semua pandangan ingin ditempelaknya.
Siang lepak sana-sini.
Malam bina kubu untuk bermeja bulat.
Sedangkan Subuh tak terjaga.

Lancang mewakili suara siswa siswi.
Jadi admin page kerana tak puas hati.
Bila masuk waktu, ke mana menghilangkan diri?
Masjid dekat tapi malas mengangkat kaki.

Orang tua di sini.
Seolah-olah mandul.
Pergi solat bersama isteri.
Dianak tiri oleh darah sendiri.

Kasihan mereka.
Mesti pernah mengimpikan anak-anak membawa mereka ke masjid.
Usap tangan berkedut mereka.
Penuh kasih sayang memimpin mereka hingga ke saf pertama.

Tapi mereka masih bersendiri.
Mana anak mereka?
Oh ya. Terlalu sibuk menjadi ahli politik.
Ahli intelektual.
Pahlawan papan kekunci.
Otaknya adalah dunianya.
Kata-kata orang 'alim ditolak ke tepi.
Agama lapuk, tak kena pada zaman.

Orang tua di sini.
Seolah-olah mandul.

Mandul.
Tapi ada anak.

Teringin bersama ahli keluarga menghadap Tuhan.
Tapi mereka sibuk bertuhankan otak mereka.

Orang tua di sini.
Seolah-olah mandul.
Selalu menyendiri.
Ke masjid bersama isteri.
Sungguh sepi.

Posted by Unknown at 21:07 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Thursday, 18 December 2014

Mutarabbi Tertidurlah Pulak!

Senang cerita, semua orang busy gila hari itu. Ada yang sibuk dengan kelas, assignment, urusan pentadbiran, dan ada yang kelas yang habis pukul 9pm. Perkara biasalah tu adik-adik! Hehe...

Aku pun busy juga. Lepas liqa' aku terus masuk tidur. Cuma terlambat sikit sebab mutarabbi datang lambat.

Mula-mula aku tertanya-tanya juga ke mana diorang pergi sebab dah lambat 30 minit. Hanya 2 orang saja yang hadir on time. Maka kami pun tunggulah.

Akhirnya datanglah 3 orang lagi dengan muka yang lemah dan penat. Aku tahu diorang busy.

Sambil-sambil aku beri pengisian, tiba-tiba salah seorang daripada adik usrah aku tertidur.

Pergh!

Lena gila. Tapi aku tak kecewa pun.

Cuma...

Aku bangga. :')

Bangga sebab walaupun penat mereka tetap datang kerana ingin ditarbiyah, ingin mencari Islam sebenar, ingin memahami kalamullah.

Hati aku terusik. Terharu sangat melihat semangat mereka di atas jalan ini. Jalan Dakwah dan Tarbiyah.

Aku rasa diri aku ditarbiyah juga. Dengan melihat semangat mereka, aku turut bersemangat. Perlahan-lahan hati aku menyuarakan doa supaya kami semua tsabat dalam dakwah.

Dan semestinya aku kejut dia so dia takkan terlepas dengar pengisian. Mata dia merah saga. Haha!

Jazakumullahu khairan, mutarabbi. ^_^

Posted by Unknown at 19:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Tuesday, 16 December 2014

Jemaah Kita Hebat! *senyum senget*

"Akhi! Ana yakin yang jemaah kita adalah jemaah yang hebat. Kita selalu buat program dakwah besar-besaran dan selalu disambut hangat oleh orang lain. Jemaah kita syumul dan tiada jemaah lain yang lagi benar daripada jemaah kita! Jemaah kita juga adalah satu-satunya yang menunjukkan qudwah hasanah yang hebat! Bersyukurlah!"

"Akhi, ana dah lama tak tengok anta hadir solat Subuh berjemaah. Masa Asar pun selalu bagi alasan untuk duduk di dalam bilik tatkala ana ajak anta ke masjid. Mathurat pun kita dah tak amalkan. Al-Quran anta macam mana akhi? Apa gunanya jemaah yang hebat tetapi tidak disertai dengan tarbiyatul zatiyah yang hebat?"

"..."

Posted by Unknown at 04:07 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Monday, 15 December 2014

Diari Mummy (Bhg 1)

"Mummy, kenapa mummy tak pakai tudung eh?"

Pertanyaan anak aku yang berusia 10 tahun yang menyebabkan dirinya ditengking oleh aku. Dan kerana kejadian itulah anak aku tak berani untuk menegur aku tentang perihal aurat. Itulah sejarah lampauku yang sampai sekarang aku masih bersyukur ke atas Ilahi yang telah memberikan aku jalan keluar dari tempat yang gelap dan menyesatkan.

Aku dulu seorang wanita yang agak liar, beranak dua dan bersuami yang sungguh cool dan sporting. Wajah aku jelita dan rambut aku perang bagai mat saleh. Dulunya aku seorang wanita yang 'tahu' Islam adalah pegangan hidupku. Tetapi aku tidak meyakininya dan tidak pula mengamalkannya.

Aku seorang kaya yang sering menukar kereta. Daripada Honda ke Chevrolet, daripada Toyota ke BMW. Almari aku tak payah cakaplah. Gucci, Louis Vuitton, Prada, Alexander, Victoria Secret dan macam-macam lagi. Setakat perfume DKNY dan j'Adore yang berharga lebih kurang RM400 aku boleh beli dengan sebilas kad kredit pada slot mesinnya.

Suami aku dan aku tak pernah kedekut. Tanyalah mana-mana adik beradik aku yang miskin keparat. Semuanya pernah pakai baju branded yang aku belikan untuk mereka. Tanyalah mereka siapa yang tolong anak mereka ke universiti, siapa yang tolong hantar mereka keluar bekerja pada waktu pagi dan mengambil mereka pulang pada lewat petang. Aku dan suami aku.

Tapi itu dululah. Sekarang aku diuji kasih oleh Allah SWT dengan kesempitan hidup. Tak sangka dengan parasit plastik berbentuk kad itu telah menyebabkan hidup aku berubah 180 darjah. Tak sangka sekarang aku memotong kupon-kupon promosi untuk dapatkan potongan harga rendah bagi makan pagi, petang dan malam. Tak sangka sekarang aku terpaksa mengikat perut untuk membiayai anak-anak aku di asrama dan universiti. Tak sangka suami aku sudah mengalami kesakitan di kakinya sepanjang hari, dan tak sangka aku pula yang sakit dimamah usia.

Aku bersyukur. Aku bersyukur sebab aku menemui dan merasai kasih, sayang dan cinta Allah terhadapku. Tanpa ujian itu maka tidak mungkin aku akan berubah seperti sekarang. 

Pada awal aku diuji oleh Allah, aku juga seperti orang lain. Mencari-cari makna hidup dan jalan keluar daripada kesesakan hidup ini. Hidup kami agak tegang dan hangat. Aku sering berasa bersalah apabila anak-anak aku kata yang mereka teringin untuk makan KFC dan The Chicken Rice Shop yang dulunya adalah makanan harian mereka. Aku teringat lagi anak sulungku menangis di dalam kereta disebabkan aku kata yang aku mahu belikan seluar jeans adiknya di pasar malam. Aku kesian melihat anak bongsuku yang hanya mewarisi pakaian dari abangnya kerana aku tidak mampu untuk beli yang baru.

Aku menangis seorang diri. Kadangkala di bahu suami aku. Aku masih tak sedar bahawa Tuhan itu wujud. Aku tertanya-tanya kenapa hidup aku berubah seperti ini. Kami berdua hampir lemah dan punah dengan ujian itu. 

Di saat aku mencari-cari, pada ketika itulah Allah mengakhiri dilemaku. Pada suatu hari, anak saudaraku yang belajar di luar negara bercerita tentang soal agama di Facebook. Aku meringankan dan merajinkan diri aku untuk baca walaupun aku agak rimas dengan perihal agama. 

Ternyata ianya mampu mengubah hidupku. Aku mula bersujud dan mula menadah tangan demi pertolonganNya. Aku dapat merasai perubahan diriku sedikit demi sedikit. Walau bagaimanapun aku tetap hidup susah. Masih miskin, free hair dan masih berfesyen ala-ala wanita Barat. Cuma aku terasa sungguh tenang dan ringan. Aku cuba melapangkan dadaku untuk menyambut kedatangan Allah ke dalam hidup aku.

Bersambung...
Posted by Unknown at 20:44 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #1, #diarymummy, #pray4ummah, #pray4victory

Sunday, 14 December 2014

Jahiliyyah Itu Bukan Islam

Zaman sekarang, kalau boleh semua benda kita nak Islamisasikan. Terutama dalam bab hiburan.

Filem Islamik
Novel Islamik
Drama Islamik
Lagu Islamik
Teater Islamik
dsb...

Alhamdulillah ada keinginan terhadap Islam. Tetapi malangnya kita tak faham apa yang Islam ajar dan mahukan dalam dunia hiburan.

Adakah hanya dengan kewujudan penghibur-penghibur yang memakai kopiah dan tubung labuh? Hanya dengan kata-kata motivasi Islamik yang berbunga-bunga? Hanya dengan menggambarkan Islam dengan cinta haram antara dua jantina?

Aku tertarik dengan kata-kata Sayyid Qutb. "Membina Islam di atas runtuhan Jahiliyyah". Tapi apa yang kita lakukan sekarang adalah "Menghiasi Jahiliyyah dengan tempelan Islam"

Nampak Islamik, cantik, indah, kononnya wadah kepada dakwah tetapi hakikatnya masih busuk dengan Jahiliyyah di sebalik tabir. Aku takut jika suatu hari nanti ummah akan memikirkan bahawa Jahiliyyah adalah Islam.

"Bro. Apa benda ni bro? Jahiliyyah apa nya? Islam tak larang kita berhibur"

Tak kata pun Islam larang. Fahamilah! Sepatutnya hiburan membantu untuk menyemarakkan api hamasah asy-syabab untuk kembali berjihad, bukan menjinakkan jiwa mereka yang sedang mengaum.

Jahiliyyah ada di mana-mana. Kita sebagai dai'e pun takkan terlepas dari virusnya. Bergantung pada diri sendiri sama ada ingin mencari penawar ataupun biar hanyut dibawa arus kegelapan.

Wallahualam.

Posted by Unknown at 23:09 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Pemuda Leka

Ummah.

Apabila kita berbicara tentang ummah, kita juga adalah sebahagian daripada ummah. Sering kita lupa bahawa kita juga bermasalah kerana ummah pada zaman sekarang agak tenat pada pegangan agamanya.

Tetapi kita mengambil keputusan untuk membiarkan diri kita nazak. Sudahlah nazak, masih mahu berhibur dan berfoya-foya.

"Aku rindukan pemuda yang tidak tidur malam kerana memikirkan ummah" -Hasan al-Banna-

Remaja zaman sekarang tidak tidur kerana berborak dengan kekasih haramnya, berfantasi di alam maya, menyusun strategi untuk menumbangkan pihak lawan dalam DOTA, habiskan kerja kursus di tengah malam walaupun ada masa pada waktu siang, memikirkan plot lakonan untuk dramanya dan melepak di kedai kopi serta berpolitik secara sia-sia.

Wahai ummah,

Maafkan kami.
Kami terlampau leka.

Posted by Unknown at 05:28 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Thursday, 11 September 2014

Insan

Diam seribu bahasa
Lidahku kelu
Hiba menusuk hati kecil
Bibirku mahu bertanya
Sengaja mahu tahu
Rahsiamu inginku umpil

Jasadmu tampak lemah
Imanmu tidak begitu
Semangat kau pula marak
Tuhan, biarlah dia dipapah
Peganglah dia dengan padu
Izinkan imannya dipasak

Wahai insan
Jangan kau putus asa
Sinar harapan masih bergemerlapan
Wahai insan
Hujan rahmat berserta doa
Rintih padaNya demi kesihatan

Posted by Unknown at 07:17 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Tali Tuhan

Tenanglah wahai saudaraku
Ingat pada Yang Maha Satu
Kita digenggam makhluk keji
Carilah jalan melepaskan diri

Ingatlah wahai saudaraku
Hidup kita mencari Yang Maha Satu
Tatkata kita di tebing Neraka
Dia datang menarik kita

Fikirlah wahai saudaraku
Dakap kuat pada tali Yang Maha Satu
Ngeri tak terbayang hati
Pabila kita dihumban kembali

Nyamanlah wahai saudaraku
Peluk Yang Maha Satu di hatimu
Tugas kita bukan menghukum
Hanya sampaikan apa yang belum


Posted by Unknown at 04:07 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Friday, 5 September 2014

TESL

Usah bimbang usah kau takuti
Penat jerihmu akan tamat tak lama lagi
Usah risau usah tangisi
Kunci memorimu sampai mati

Ingat tawa riang kita berirama
Tatkala menuntut ilmu bersama
Senyuman kita bak sakti dewa
Rasakan bahagia kita semua

Cahaya murni terpancar di wajahmu
Walaupun ujian datang membelenggu
Bisa kuat tabah diri kau dan aku
Ingat kita ada yang Maha Satu

Petir getir sudah biasa
Nanti ribut datang melanda
Hina cacian kita diamkan saja
Biar senyap asalkan berbisa

Usah bimbang usah kau takuti
Penat jerihmu akan tamat tak lama lagi
Usah risau usah tangisi
Kunci memorimu sampai mati

Ku akui
Mungkin terpisah suatu hari nanti
Tapi kau ku ingat sampai mati
Posted by Unknown at 21:50 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Monday, 1 September 2014

Senyum


Meneroka bibit-bibit keikhlasan,
Hiasan kepada kebahagiaan.
Tatkala melemparkan seukir senyuman.

Syukran akhi. :)
Posted by Unknown at 05:32 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Friday, 29 August 2014

Akhi


Akhi,
Ingatkanlah aku yang leka
Kejutkanlah jiwaku yang alpa

Akhi,
Yakinkanlah aku yang ragu
Ceritakan tentang Sang Satu

Ingat tidak janji kau padaku?
Mahu lihat agama bangun semula
Lepas ribut datang memalu
Sesudah badai datang menerpa

Ingat tidak sumpahku padamu?
Sama-sama kita harunginya
"Jangan kau lara dan sayu"
Kata pujuk bermain di telinga

Akhi,
Beranikanlah aku yang takut
Berganding tangan kau mengikut

Akhi,
Teguhkanlah aku yang lemah
Jangan berhenti setelah bersumpah

Sama-sama sucikan hati yang menggelap
Keji futur maksiat datang menghurung
Usah biarkan iman kembali malap
Elakkan diri masa futur datang membendung

Jaguhkan semangatmu teruskan mara
Bangkitlah ketika rebah berdarah
Pegang saksimu sampai ke Syurga
Papah badan bersama ketika melangkah

Ingatlah pada janji
Jangan berhenti
Sampai mati

Sampai mati
Posted by Unknown at 23:39 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Tuesday, 26 August 2014

Degil

Kata Ayah
"Kejarlah impianmu yang satu,
Biarlah kau patah seribu,
Janji kau berjaya tika hidup akhiratmu"

Tapi aku degil

Kata Mama
"Bukan itu impian yang kau cari
Kenapa perlu membuta tuli?
Apakah kau tidak peduli?"

Tapi aku degil

Kata-kata orang tua
Ungkapan nasihat sakti

Tapi aku degil

Aku degil nak mampus
Posted by Unknown at 21:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Saturday, 23 August 2014

Jatuh

Tuhan,
Bantulah aku
Kekal di jalanMu

Tuhan,
Jangan biarkan aku jatuh
Izinkan aku kukuh

Tuhan,
Jatuh tanda lemah
Takdirkan aku gagah

Tuhan,
Pimpinlah aku sampai mati
Kita berjumpa di Syurga nanti

Posted by Unknown at 08:38 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Wednesday, 20 August 2014

Adibah

Umur hidup kian meningkat
Cabaran pula datang memanjat
Maut juga semakin mendekat

Masih mencari satu makna
Apa perlu ku bahagia
Pabila orang tuaku merana?

Aku seakan-akan mampu dengar
Retakan pada tulang mereka dilakar
Walaupun wajah tampak segar

Jengkel aku dengar kata mereka
"Itu adat belajar" katanya pula
Tak mampu buatku suka

Usah nasihat jika tak mengerti
Usah berkata jika tak di sisi
Usah bicara jika tak sehati

"Diamlah"
Kata Adibah, "Diamlah"

Aku harus belajar
Untuk berkata
"Diamlah"

Posted by Unknown at 00:16 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Monday, 18 August 2014

Andai

Andai kata aku sekuatmu
Andai kata aku setabahmu
Andai kata orang faham aku dan kamu

Andai kata mereka sepertimu
Andai kata fikiran kita padu
Andai kata kita semua bersatu

...

Aku mampu...
Kau mampu...
Kita semua mampu...

Posted by Unknown at 21:26 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Sunday, 17 August 2014

Tangga



Sebatang pokok daunnya luruh
Dalam dakwah tangganya tujuh
Pegang tanganku jangan dilepas
Naiklah tangga sampai ke atas

Posted by Unknown at 15:50 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Friday, 15 August 2014

Syaitan

Pabila Syaitan adalah tuhan
Tubuhnya akan buat kerosakan
Masih kau mengaku Tuhan di sisimu?
Sedangkan khannas tetap di dadamu?

Posted by Unknown at 16:01 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Sabar

Diuji tepat pada lemahmu
Jatuh derita di tanah sujudmu
Ketika sabar menjadi teman setia
Baru kau tahu apa hikmahnya

Sabar

Posted by Unknown at 02:35 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Thursday, 14 August 2014

Api


Jiwamu bagai api sakti
Membara tak henti-henti
Membakar jiwa muda-mudi
Jasamu dikenang sampai mati
Kamar tidurmu di syurga nanti

Murabbi aku
Kekuatan aku
Posted by Unknown at 22:02 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Wednesday, 13 August 2014

Kembali Kita Ke Dunia Nyata

Kita bertemu di sebuah rumah
Kau menyapu benci kekotoran
Aku tinggi kau rendah
Tertundukku berlaga pipi
Tak lama kita bersua
Sekali sekala makan bersama

Kau waspada berbicara
Gentar telingaku perit terluka
Sapaan riang senyuman mesra
Saat aku disebelahmu
Tak sangka aku tatkala
Senyuman wujud di katil sunyimu

Terlantar sepi di katil sunyi
Setelah dakwah disebar laju
Rehatlah saudaraku sayang
Tuhan faham kau penat terlelah
Rasailah kehadiran kasihNya
Sentuhan telapak tangan sayangNya

Lihatmu ku jadi lemah
Air mata ku tahan kuat
Kau masih teguh aku pula yang runtuh
Hidupku diconteng arang
Dihiasi fitnah mehnah berduri
Bilakah akan berakhir?

Datang pergi sindir cacian
Kerna mereka tak mengertiku
Jauh aku dari Pencipta
Melayan hati membelai jiwa diri
Lihat kau diuji cabar
Aku rasa terhina

"Kuat tabahlah akhi"
Ucapku mesra di telingamu
Tanganmu ku genggam erat
Takut aku berlalu pergi
Tanpaku fahami
Ujian datang tanda dikasihi

Selama aku disebelahmu
Gambar lama terpancar di minda
Tatkala kita berbahagia
Gelak tawa dikongsi bersama
Hiba doaku demi sihatmu
Orang di luar perlukanmu

Bangunlah bila kau cukup tidur
Kembali kita ke dunia nyata
Redah ribut mehnah celaka
Mari kita berjuang sama
Ubah hidup orang di luar
Berdarah kita mencari redhaNya

Kita hidup takkan lama
Sekali sekala pasti terluka
Fitrah hidup mencari Ilahi
Selagi aku masih pasti
Pabila taman Syurga memanggil kita
Rehatlah kita selama-lamanya

Wahai akhi Jufazli
Saat itu pastiku nanti
Pabila kau bangun tidur
Pasti kami memimpinmu
Kembali kita ke dunia nyata
Itulah wadah perjuangan kita
Semoga kita tsabat akhi

Posted by Unknown at 02:17 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Tuesday, 12 August 2014

Sahabat

Kau
Aku
Senyum
Palsu

Wahai sahabat,
Endahkan kita lain kelompok.
Posted by Unknown at 19:34 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Biar

Hati meronta ingin berhenti.
Tapi pula neraka menanti.
Peranan dibawa sampai mati.

Adakah kau masih ingat hadafnya?
Terdesak jiwa mencari jawabnya.
Teguh hati lawan cerca hina.

Diri dipandang songsang.
Usah kau pandang belakang.
Jangan biar teguh kau lekang.

Jangan futur.
Katakan, "biar".


Posted by Unknown at 19:32 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory

Wujud

Jangan kau jadi bodoh
Tak ingat Tuhan macam tak wujud
Gelak tawa tak henti
Suka sampai tak ingat mati
Ada satu masa kau terdesak
NamaNya kau sebut hingga sesak

Jangan kau jadi bodoh
Ingat Dia masa sempit saja
Dah diberi senang mulalah ketawa
Anggap macam Dia tak berkuasa
Dia kau buang ke tepi
Macam Dia tak menyaksi
Posted by Unknown at 19:30 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: #pray4ummah, #pray4victory
Newer Posts Home

My Facebook

Muhammad Faris Nazrin

Create Your Badge

Pustaka Rabiah Kami

Ingin mewakaf? Ingin infaq? Ingin berbisnes? Mari sertai kami! Kami sedia membantu anda! Pustaka Rabiah Kami

Create your badge

Followers

Blog Archive

  • ▼  2014 (23)
    • ▼  December (6)
      • Orang Tua Mandul
      • Mutarabbi Tertidurlah Pulak!
      • Jemaah Kita Hebat! *senyum senget*
      • Diari Mummy (Bhg 1)
      • Jahiliyyah Itu Bukan Islam
      • Pemuda Leka
    • ►  September (4)
      • Insan
      • Tali Tuhan
      • TESL
      • Senyum
    • ►  August (13)
      • Akhi
      • Degil
      • Jatuh
      • Adibah
      • Andai
      • Tangga
      • Syaitan
      • Sabar
      • Api
      • Kembali Kita Ke Dunia Nyata
      • Sahabat
      • Biar
      • Wujud
Copyright Reserved by Akh In Red. Picture Window theme. Theme images by zbindere. Powered by Blogger.